.: Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :.

SayaLahirPada20.11.2010

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, May 24, 2011

Bubur dan Ikan Bilis

semalam 1st time adha makan bubur nasi campur lobak campur ikan bilis..
di adun oleh nurse acu..
nurse cuti seminggu ...
selaku pembantu rumah dan selaku makcik yg bertangung jawab..
selain nenek sebagai watak penting sebagai penjaga adha dan merangkap nenek terhormat adha...
acu juga memainkan peranan penting..
*stop mencaru tn mengarut..

kesimpulannya...
adha nak tak nak makan nestum gamdum berperisa madu...
so nenek buatkan bubur.. dicampur lobak dan ikan bilis..
adha sgt berselera..

sudah ku bilang anak ini berselera orang tua..

nota kaki: nestum yg mama beli banyak2 tu sape nak habeskan.... mama ngan abah la makan nestum kamu.. kamu plak makan makanan kitorang...

bila acu ada kat umah..mcm2 la yg ekploitasikan anak ini...


Monday, May 23, 2011

kejadian di satu malam

benda ni terjadi malam tadi...
mama lum tdo lagi..
jam lebih kurang pukul 2.30 pagi...
mama tak leh tdo awal..sebab abah demam... abah dah telan ubat batuk...
abah pun tak berapa main ngan adha malam tadi...
abah mamai.. banyak makan ubat....
lalok semacam je...
mama kena tunggu sampai kul 3..takut klu2 adha bangun nak susu..
klu dah tetido kang....alamatnya tak bangun plak kang..
biasak aarrr.. mama hang ni klu nak tdoq... tak hengat dunia.. biasa abah je yg bangun  sebab abah senang tejaga sket...
bila kul 2 something tu mama nak tdo mama nampak adha dah bangun...
mata pejam.. tapi dah meniarap...
bila mama betulkan balik...
adha becakap..
aaabbb...baaahhhh..
aaaaaaaaaaaaaaa..........
aaaappppppppp.....peeeeeeeeee.........
aaaaaaaaaaaaaaa
aaaaaaa
aaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
aaaaaaaaaaaaaaaaa
dengan suara garau adha tu ler....
boleh tahan garau gak suara ekau  ni...
.. suara dah pecah ker...
baru 6 bulan nak oiii umoq hang tu...

pastu tangan memegang tgn lagi satu..
menyulam2..
gaya cam org pakai losyen tgn tu...
tangan tepusing..
entah ape dipegannya...
sambil mulut nya bising..
mata terpejam.....
tak nangis.. tapi .......
aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...........
aaaaaaaaaa.......bah...
aaaaaaaaaaa....bahhh....
aaaaa...bah....

mama pun mcm dah tau adha nak ape...
pastu mama kejutkan abah suruh puk..puk adha..
akhirnya adha tdo balik...
ler..senang je dah tdo....

ermmm klu dah anak bapak...
tdo pun mengigau bapak nyer...

nota kaki: abah lebih penyabar melayan ekau berbanding mama nak.. tapi mama baikk tau~ cuma mama garang sikit la.. sikit jeeeee....

Saturday, May 21, 2011

Mushroom Sup sedap

adha ikut abah n mama g kenduri umah uncle taufik kat kanchong darat, banting...
dari umah dlm kul 1ptg...
sampai sana sekitar kul 3ptg..
kwn2 mama n abah semua dah balik..
ader gak ar sekerat dua yg tinggal..

adha cam biasa..tido..
mama bagi susu.. tak mo...
cam biasa mama membebel tak sudah....

sampai tempat yg dituju...
banyak menu... sedap nye...
drpd menu kampung sampai menu western...
ader mushroom sup... wah favourite mama tu...
mama amek semangkuk
adha tengok je menu2 yg ader...

dibagi susu tak mo..
abah suap adha ngan mushroom sup sikit..
dia senyap...
bila abah suap sup dlm mulut abah...dia wat muka tak puas hati...
menangis....
bila abah suap mulut dia....... dia diam... makan beriya-iya...
sedappp.. makan makanan orang tua la katakan..... sedap!!
bila abah suap kat mulut abah...
dia tengok je mangkuk sup tu...
aisssshhh kecik2 dan tau nak makan sedap ni..
botak la pale mama...
abah ko mmg dah botak pun...

penyudahnya...
mama kau yg pandai lagi bijaksana ni mendapat satu idea..
bagaimana???

 tuang susu ke dlm mangkuk mushroom tadi...
dan suap kamu...seperti biasa...
kamu pun beranggapan itu adalah sup yg sama...
pandaiiii!!!!


sorry dik ~ mama bukan nak tipu...
kang klu ekau telobih makan cendawan kang..
ekau mabuk..
sedangkan mama pun tak tahan makan condawan lobih2...
lagi kan ekau...
yg baru 6 bulan ni haaa....
6 bulan dik nonnnnn~~

see... selesai masalah...

nota kaki: adha semakin agresif n semakin banyak keje nak kutip ape je yg ada utk juadah dia hari-hari

Friday, May 20, 2011

6 Bulan

adha dah berumur 6 bulan..
demam lagi..dah masuk 2 hari..
nak dekat maghrib je badan panas...
ermm...
rasanya ni bukan demam biasa..
mcm ader ape2...

adha dah pandai cakap..
seperti...

kakkkk kak...
aaabbbb...bah..
aaaaapppp...pee....
mama tak puas hati...
perkataan mama je adha lum sebut lagi....

dah meniarap...
laju macam askar..



semua benda nak masuk mulut...
nampak remote.. makan..
nampak meja... makan..
nampak kaki.. makan...
namapk baju.... hisap
nampak gelang.. makan...
bila bagi susu... tak mo...

dok pahe plak mama lama2...
nama pun budak...


so adha...
happy bday yg ke.. 6 bulan...

dah semakin lasak...
mama bawa gi urut umah mak bidan..
takut salah urat plak
nota kaki: orang kata budak, kalau bertukar bulan ni..mesti ader je perangai baru dia dpt.. 

Thursday, April 21, 2011

Car Seat Baby

5 bulan 1 hari

mama belikan adha car seat warna merah hitam...
warna kesukaan abah dan mama....
car seat ni beli dari papa..

senang sket mama nak bawa klu abah balik lambat ker...
sonok bukan main lagi...

*elehhh sukenyerr~
letak dimana-mana
lasaknya tetap sama ...

nota kaki: klu ada anak yg lasak..sila pastikan dia tidur dulu baru masukkan dlm car seat ni..
klu tak.. tak tenang la nak bawa kereta...

Sunday, April 17, 2011

Kod Plastik - elak PC 7 utk bayi

klik gambar utk tumbesaran

PENTING AMBIK TAHU UTK PRODUK BAYI TERUATAMA BOTOL BAYI



1. PETE atau PET (polyethylene terephthalate) biasa digunakan untuk botol plastik yang jernih/transparent/lut sinar seperti botol air mineral, botol jus, dan hampir semua botol minuman lainnya. Botol-botol dengan kod 1 dan kod 2 disyorkan hanya untuk sekali guna sahaja. Di bawah botol, angka 1 di paparkan di tengah-tengahnya segi tiga serta tulisan PETE atau PET (polyethylene terephthalate) di bawahnya. Plastik jenis ini jangan digunakan untuk mengisi air panas kerana ia akan mengakibatkan lapisan polimer pada botol tersebut meleleh dan mengeluarkan bahan karsinogenik yang menyebabkan kanser dalam jangka masa panjang. Buang botol yang sudah lama atau terlihat calar-calar walaupun belum dibuka. Oleh itu, botol plastik air mineral sebaik-baiknya jangan digunakan berulang-ulang kerana botol kod 1 cuma layak digunakan 1x sahaja.

Kajian menunjukkan bahawa kod 1 yang diperbuat dari bahan PTE atau PET(yang selalunya digunakan untuk bekas minuman ringan atau air mineral) selamat digunakan untuk tempoh 1 kali sahaja. Ia tidak sesuai digunakan berkali-kali kerana akan menggalakkan pengumpulan bakteria pada permukaannya. Tetapi jangan biarkan bekas air ini di dalam kereta pada hari panas terik kerana bahan toksinnya akan terhakis dan masuk ke dalam minuman dan ia tidak sesuai lagi untuk diminum dan jika diminum juga boleh menyebabkan kanser terutamanya kanser payudara
  
2. HDPE (high density polyethylene) biasa digunakan untuk botol yang berwarna putih susu, tupperware, bekas galon air minum, kerusi lipat, dan lain-lain. Di bawah botol tertera angka 2 di tengahnya, serta tulisan HDPE (high density polyethylene) di bawah segitiga. HDPE merupakan salah satu bahan plastik yang selamat digunakan kerana kemampuannya mencegah tindak balas kimia antara bekas plastik berbahan HDPE dengan makanan/minuman yang terkandung di dalamnya. HDPE memiliki sifat bahan yang lebih kuat, keras dan lebih tahan terhadap suhu tinggi. Walau bagaimanapun, seperti PET, HDPE juga disyorkan HANYA UNTUK SEKALI GUNA kerana pelepasan reaksi antimoni trioksida terus 
meningkat mengikut masa.

Kod 2 jarang digunakan untuk bekas makanan/minuman. Oleh itu tidak perlu risau tentangnya


3. V atau PVC (polyvinyl chloride) adalah jenis plastik yang dibuat plastik pembungkus (cling wrap) dan botol-botol minuman lain. Di bawah botol ini terpapar segi tiga (terkadang berwarna merah) dengan angka 3 di tengahnya, serta tulisan V di bawah segi tiga tersebut. V itu berarti PVC (polyvinyl chloride). 

PVC ini berbahaya untuk kesihatan kerana PVC yang mudah bocor ini mengandung DEHA yang dapat bertindak balas dengan makanan yang bersentuhan langsung dengannya, terutamanya makanan berminyak yang masih panas, kerana DEHA mudah larut pada 15 darjah Celsius. Tindak balas antara PVC dengan makanan berpotensi berbahaya untuk ginjal, hati dan penurunan berat badan. Jika boleh, hindari penggunaan plastik jenis ini sebaliknya gunakan alternatif pembungkus makanan lain seperti plastik yang diperbuat daripada polietilena atau bahan semula jadi lain, misalnya daun pisang, dll. 

 4. LDPE (low density polyethylene) biasa digunakan sebagai tempat makanan dan botol-botol yang lembik. DPE (low density polyethylene) iaitu plastik coklat (thermoplastic/dibuat daripada minyak bumi). Di bawah barangan plastik in tertera kod 4 di tengah-tengahnya dan tulisan LDPE di bawah segi tiga logo tersebut. Sifat plastik LDPE adalah kuat, agak tembus cahaya, fleksibel dan permukaannya agak berlemak. Pada suhu di bawah 60 darjah Celsius, ia sangat tahan terhadap tindak balas kimia, daya tahannya terhadap wap air adalah baik, tetapi kurang baik bagi gas-gas yang lain seperti oksigen. Plastik jenis ini sukar dihancurkan tapi dapat dikitar semula dan baik untuk digunakan sebagai bekas makanan kerana ia sukar bertindak balas secara kimia dengan makanan di dalamnya.

Kod 4 selalunya digunakan untuk bungkusan makanan yang akan diguna sekali dan dibuang. Ia tidak akan menimbulkan kesan bahaya tetapi jika digunakan untuk mengisi bahan makanan/minuman yang terlalu panas atau terkena minyak masak yang masih panas, bahan plastiknya boleh meluntur dan masuk ke makanan tersebut. 

5. PP (polypropylene) adalah pilihan terbaik untuk bahan plastik terutama yang berhubung dengan makanan dan minuman, seperti tempat menyimpan makanan, botol minuman dan yang terpenting botol susu untuk bayi. Bahan plastik ini biasanya terdiri daripada botol transparent/tembus cahaya yang tidak jernih atau legap. Bila membeli barang berbahan plastik cari bekas plastik yang berkod 5 di tengah-tengahnya serta tulisan PP di bawah segi tiga logo kerana ia dianggap plastik yang selamat digunakan.

Kod 5 selamat digunakan dan boleh dipanaskan di Oven microwave tetapi untuk jangkamasa 3 bulan sahaja jika diguna setiap hari. Oleh itu anda harus membuangnya dan gantikan dengan yang baru jika sudah terlalu lama menggunakannya.


6. PS (polystyrene) biasa digunakan sebagai bahan bagi bekas makanan styrofoam, tempat minum sekali pakai, dll. Di bawah bekas plastik tertera kod 6 di tengah-tengah dan tulisan PS di bawah segi tiga logo. PS (polystyrene) ditemui pada tahun 1839 oleh Eduard Simon, seorang Jerman, secara tidak sengaja. Polystyrene merupakan polimer aromatik yang dapat mengeluarkan bahan styrene ke dalam makanan ketika makanan tersebut bersentuhan. Selain bekas makanan, styrene juga terdapat pada asap rokok, asap kenderaan dan bahan binaan bangunan. Bahan Polystyrene boleh membocorkan bahan styrene ke dalam makanan ketika makanan tersebut bersentuhan. Bahan styrene ini perlu dihindari kerana ia berbahaya untuk kesihatan otak dan sistem saraf, mengganggu hormon estrogen pada wanita yang mengakibatkan masalah kesuburan dan pertumbuhan, serta bahan ini sukar dikitar semula secara jadi. Kalau boleh pun, ia memerlukan masa yang panjang dan lama untuk proses kitar semula. Kalau dibakar, bahan ini akan mengeluarkan api berwarna kuning jingga, dan meninggalkan jelaga. Banyak negara maju sudah melarang penggunaan bekas makanan diperbuat daripada styrofoam yang berbahaya ini.


7. Other (biasanya polycarbonate) terdapat pada bekas makanan dan minuman, seperti botol minum para olahraga, bahan plastik peralatan kenderaan, peralatan rumah, komputer, alat-alat elektronik, dan plastik lain. Plastik jenis ini juga terdapat pada botol susu bayi dan botol minum polikarbonat. Di bawah bekas plastik ini tertera kod 7 di tengah-tengah dan tulisan Other di bawah segi tiga logonya.
Untuk plastik 7 Other ini ada 4 jenis, iaitu PC – polycarbonate, SAN – styrene acrylonitrile, ABS – acrylonitrile butadiene styrene, dan Nylon.
Penggunaan Polycarbonate ini perlu dihindari kerana ia boleh mengeluarkan Bisphenol-A, iaitu bahan utamanya, ke dalam makanan dan minuman yang berpotensi merosakkan sistem hormon, kromosom, penurunan pengeluaran sperma, dan mengubah fungsi imuniti badan. SAN dan ABS merupakan bahan plastik yang sangat baik untuk digunakan dalam bekas makanan ataupun minuman, kerana kedua-dua bahan ini memiliki ketahanan yang tinggi terhadap tindak balas kimia dan suhu, kekuatan dan tahap kekerasan yang telah ditingkatkan. Biasanya SAN digunakan untuk membuat mangkuk mixer, pembungkus termos dan botol susu yang mengalami proses pemanasan, yang kononnya melakukan sterilisasi dengan cara merebus, dipanaskan dengan microwave, atau dituangi air mendidih atau air panas.
Secara amnya, botol atau bekas pelastik berkod 4 dan 5 adalah selamat digunakan.
KOD MERAH yang MESTI DIELAKKAN samasekali ialah yang bertanda 3, 6 & 7. Bahan kod 7 biasanya diperbuat dari Polycarbonat yang bersifat keras dan lutsinar tetapi mengandungi BPA atau Bisphenol-Ayang merbahaya kerana ia bersifat karsinogenic dan boleh menyebabkan Kanser terutamanya Kanser Payudara. Kod 3 & 6 mengandungi BPA serta bahan kimia lain yang juga boleh memberi kesan yang sama


Nota Tambahan: Kajian di Amerika Syarikat telah mendapati 95% dari sampel air kencing orang dewasa, ibu mengandung, kanak2 & bayi yang diambil mengandungi bahan BPA ini. Plasenta ibu yang mengandung juga dikesan bahan bahaya tersebut. BahanBisphenol-A (BPA) ini boleh merosakkan sistem reproduktif, mengubah kadar pertumbuhan bayi dan merosakkan organ tubuh, meninggikan risiko kanser payudara, kanser testicular, atau prostrate kadar sperma yang rendah, keguguran, kegemukan, diebetis & tekanan darah tinggi. Sayang sekali, bahan ini terdapat di kebanyakan botol2 susu bayi yang ada di pasaran dan pihak berkuasa di Malaysia masih belum membuat apa-apa kenyataan atau tindakan terhadap perkara ini walaupun pihak USRDA yang bereputasi serta menjadi rujukan sedunia telah mengesahkan fakta ini.

mama saya dah tak pakai botol susu yg jual kat kedai2 biasa tu.... mama dah tukarkan botol saya dgn PP05
jgn tak tahu... mcm2 boleh jadi tau..... jgn nak jimat RM20 @ RM30.00 ..... kang kena penyakit lain plak....


Saturday, April 16, 2011

Tolonglah Faham...


 Hari ni saya tak nak tdo...
hari ni satu hari hujan je...
mama takde kereta sebab abah balik kampung ...
saya rasa kebosanan...
saya nak jalan2...
mama tak paham...
mama asyik duduk umah jer...
saya sgt boring....

saya nak abah...
sebab abah rajin bawa saya jln petang2...
abah rajin dukung saya,...
abah rajin tunggu saya minum nestum sambil saya tdo..
sampai kebas kaki abah...
kesian..


harini ...saya dgn mama....
mama sebok nengok hindustan..
asyik2 bagi susu...
mama membebel je satu hari.. (biasa la tu org pempuan!!)
tak pernah faham apa yg saya nak...
(saya mmg susah utk difaham buat masa sekarang)
mama bagi nestum... saya habiskan... (tp tak tdo...)
mama bawa jln gak... (sampai 3 kali...tapi still tak nak tdo gak)
tapi jln dekat2 je... 
sebab mama sakit tgn nak dukung jln jauh2...

ermm....

dan last sekali 
hari ni saya buat keputusan...


dan keputusan itu adalah muktamat..

saya tak nak tdo...
kemudian...
nangis...
nangis...
dan terus menangis....
(dah menang la tu)


nota kaki: nenek cakap saya rindu kat abah~ ye kot!! kain pelekat tu lum basuh~